Sunday, March 4, 2012

Melayu vs bangsa asing

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saya telah bercampur dengan bangsa asing selama 20 tahun. Saya banyak belajar budaya mereka dan membandingkan dengan budaya Melayu. Artikel ini bertujuan utk mendidik kaum Melayu dan memperbaiki situasi kita. Jadi,sebelum korg baca ni diminta korg buka minda seluas2nya dan jangan cari kelemahan bangsa lain untuk rasa feel good tentang bangsa kita. Kita cuba untuk perbaiki apa yg kurang dlm bangsa kita sebanyak yg mungkin. Kalau anda seorg yg tak blh terima kritikan sila jangan teruskan baca artikel ni.

1) Orang Melayu terlalu berfikiran positif maka diorg sentiasa tak berwaspada.
Contoh2:
a) Org Melayu suka hantar anak2 remaja ke sekolah asrama penuh. Kalau parents terlalu nak hantar anak ke sekolah asrama, hantar diorg sebelum diorg mekar remaja. Bila anak2 dah remaja, perhatikan pergerakan mereka :websites yg mereka tengok, kawan2 rapat etc. Ibubapa tak sepatutnya terlalu percayakan atau expect anak kalian seorang yg baik dgn masalah sosial remaja sekarang yang makin teruk.
b) Org Melayu sanggup hantar anak perempuan mereka bekerja/ belajar jauh dari rumah. Anak perempuan hari ni ramai yg sewa rumah. Bila mereka jauh dari rumah ibu bapa, anda tak tau apa yg mereka buat, pukul berapa mereka balik rumah, siapa yg ekori mereka, siapa kawan mereka dan adakah mereka tidur berseorangan, berdua , selamat atau dirogol etc.
c) Org Melayu biarkan anak mereka bercouple. Mereka expect anak mereka boleh jaga diri, pandai kawal nafsu n cari pasangan mereka sendiri sebab tak mau paksa. Statistik menunjukkan 40% anak luar nikah adalah melayu . Kalau anak non muslim berzina, tak begitu malu sebab mereka tak ikut apa2 agama. Tapi sebagai seorg muslim, Islam ajar jangan bercouple, ibu bapa patut dgr luahan hati anak2 mereka klu mereka tercrush dgn kawan sekolah. Masyarakat juga patut tengok2an dan bagi tau ibu bapa klu anak keluar dating. Jangan ada sikap jaga tepi kain sendiri. Juga klu kalian biarkan anak2 kalian cari pasangan sendiri, kalian kena bagi mereka kahwin walaupun kalian tak suka pilihan mereka. Kalau tak, mereka mungkin akan buat tak senonoh . Jangan berfikiran terlalu positif dan jangan expect terlalu tinggi.Tengok saja masyarakat melayu hari ni, berapa kerat je anak2 melayu tak couple. Minimum dosa couple aje sudah zina mata.

2) Org Melayu tak mau belajar dari bangsa asing.
Contoh:
a) Masa saya belajar di UIA dulu, nampak jurang persahabatan yg sangat besar antara bngsa asing dengan Melayu. Klu kalian pegi Mesir atau UK, kalian nampak melayu masih dgn sikap begini.
b) Sekarang ramai bangsa asing di Malaysia. Tapi bila kita dilanda masalah bagaimana nak bendung anak luar nikah, UMNO kata bagi kondom percuma, PAS kata sebat saja. Parti2 politik ni patut belajar dari bangsa asing. Ibu bapa Arab n Asia Selatan sentiasa kawal pergerakan anak2 mereka terutama yg perempuan. Anak2 perempuan biasanya tak dibiarkan jalan sorg2 tanpa mahram lelaki disebelah. Kalau ada lelaki nak mengorat, mahram lelaki ni bertanggungjawab utk belasah mamat tu. Kalau anak pompuan dah terjaga, secara otomatik anak lelaki tak de cara utk berzina melainkan diorg sanggup pegi pusat pelacuran. Orang India misal kata sampai ada yg bawa kayu dan ajak kawan2 mereka utk belasah mamat yg ngorat anak pompuan mereka.
c) Janda2 Arab biasanya akan tinggal dengan ibu bapa/ abang/ adik lelaki mereka selepas diceraikan dan mereka tak akan dipersalahkan jika mereka dicerai. Jadi tiada kes janda melarat/merana sehingga sanggup murtad utk terima bantuan kewangan mcm di Msia. Saya kenal beberapa janda semasa tinggal di Algeria. Saya tak pernah dengar mereka diumpat semata2 kerana title mereka janda. Manakala nenek saya yg juga janda selalu diumpat kerana title itu semasa dia muda dulu.
d) Biasanya ibu2 pakistan dan Arab tak bekerja kalau anak dah 2 atau lebih. Mereka letakkan prioriti anak diatas keinginan harta, rumah dan kereta. Kalau mereka terpaksa sgt bekerja pn, mereka titipkan anak pada ibu bapa mereka / bawa anak ke tempat kerja/ kerja dari rumah/kerja separuh masa. Mereka sgt pentingkan kasih sayang antara ibu dan anak. Maka sangat tak hairan anak2 mereka umpama 'menyembah' ibu mereka bila dah besar. Dalam Islam pun ada zakat untuk orang/keluarga miskin , janda etc. Jadi tak ada sebab utk ibu2 tunggal beria2 bersaing dalam karier dengan perempuan yg tiada anak sehingga tak kenal hidup peribadi anak.

3) Orang Melayu sangat racist, mementingkan diri sendiri, materialistic
Sememangnya tidak semua begini. Tapi ramai yg begini. Di barat dan Australia ada persatuan2 yg membela pendatang asing. Presiden persatuan2 ni adalah penduduk tempatan negara itu sendiri. Contohnya http://www.seeds.ie/ Kalau kalian klik saja ke website ini gambar pertama yang kalian nampak ialah muka org Islam. Tapi di Malaysia sy banyak baca artikel n komen2 yg mencaci maki pendatang asing. Nabi Muhammad dan kaum Muhajirun juga pelarian atau pendatang asing. Kalau Nabi Muhammad saw tak berhijrah n kalau orang Ansar tak mau menolong org Muhajirun mungkin Islam berkubur saja di kota Mekah. Nabi Adam, nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi Ismail juga pelarian /pendatang asing Video di bawah ini menunjukkan orang Australia meruntuhkan kurungan /penjara pendatang2 asing yang mana keramaiannya adalah orang Islam.



Banyak lagi yg saya mau tulis tapi mungkin pada masa lain. Maaf jika tersilap bahasa. Setiap bangsa ada kesilapan masing2. Saya harap kalian boleh terima teguran ini utk perbaiki bangsa kita.

Saya akhiri dengan hadith Nabi Muhammad (saw):
Tidak sempurna keimanan seorang Muslim sehingga dia mahukan untuk saudaranya seperti apa yang dia mahukan untuk dirinya sendiri. (Riwayat Muslim)



More posts:
Article link
Arabic Make Up Tutorial
article link
How Arabic Kohl Cures Eye Disease
Article link
Computer Analogy - Fetch Execute Cycle
Article link
Prophet Muhammad pbuh was a refugee
Article link
Malays Slimming Postpartum Treatment
Article link
South East Asian Dresses

No comments:

Post a Comment