Sunday, June 15, 2014

Sanggul Lintang vs tiara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
In the name of God, the Most Loving, the Most Merciful
Jikalau kita lihat di kebanyakan perkahwinan Melayu di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, kita nampak pemakaian pengantin perempuan lebih banyak diambil dari budaya asing sehingga kelihatan seolah2 Melayu tidak mempunyai budayanya sendiri.

 Ini terjadi kepada wanita Melayu Semenanjung Malaysia  ( Minangkabau , Bugis, Mandailing, Melanau, Jawa) dan Melayu Sarawak sehingga kita tidak dapat mengenalpasti pengantin2 wanita ini dari bangsa apa. Ini kerana wanita melayu sangat suka mengenakan tiara dari sanggul lintang dengan alasan bertudung ataupun berat.  Apakah wanita melayu begini berkira dalam mengamalkan budaya sendiri? Cuba bayangkan jika lelaki memakai topi koboi menggantikan tanjak. Bukankah pelik rupanya?
 
Tiada dokoh, tiada sanggul lintang, tiada songket, tidak kelihatan walaupun segaris budaya melayu. Ini belum masuk budaya potong kek

Contohi orang Bajau yang sangat teliti dan kuat mengamalkan adat . Tudung tidak menghalang pengantin perempuan dari mengenakan serimpak (mahkota Bajau)





Tidak salah untuk mengenakan tiara untuk berhias depan suami sehari2an. Tidak salah juga mengambil dan mengubah suai serba sedikit budaya asing tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan  budaya sendiri seperti pengantin Negeri 9 dibawah ini. Kita masih kenal ini budaya Minang kerana seni sulam mereka yang unik, dokoh dan sanggul lintang bulat

 Klik di sini kalau mahu menempah sanggul lintang khas untuk anda .

Pengantin wanita ini pula menggabungkan baju minang, dan kaftan morocco serta sanggul lintang bertatahkan Swarovski . Tetapi mereka masih menggunakan budaya melayu / minang iaitu  sanggul lintang, songket , alas dada dan ukiran kayu.

 Tidak salah juga kalau kita mahu mengambil inspirasi dari kereta bertandu orang morocco dan masih mengekalkan seni melayu sepeti joget diambil dari tarian portuguese,branyo, tetapi penarinya memakai baju melayu
Juga kalau pengantin perempuan malu bersanding atau bepurdah kalian boleh memakai "veil"sambil digabungkan dengan sanggul lintang atau gabungkan juga dengan rantai didepan muka seperti pengantin Melayu-Betawi Indonesia/ Melayu Sarawak

Ini pula gambar pengantin Singapura. Walaupun mereka minoriti di sana dan lebih suka  berbahasa Inggeris dari Bahasa Melayu , mereka masih lagi mengekalkan budaya kahwin Melayu walaupun bertudung.

  Gambar pengantin bertudung dan masih bersanggul lintang di ambil dari Facebook Melayu Spura: Hambali
   Gambar pengantin  bersanggul lintang di ambil dari Facebook Melayu Spura: Hambali
x
   Gambar pengantin bersanggul lintang di ambil dari Facebook Melayu Spura: Hambali
  Gambar pengantin bertudung dan masih bersanggul lintang di ambil dari Facebook Melayu Spura: Hambali

   Gambar pengantin bertudung dan masih bersanggul lintang di ambil dari Facebook Melayu Spura: Rozi Klaseboer
Gambar pengantin bertudung dan masih bersanggul lintang di ambil dari Facebook Melayu Spura: Versari Ade

Video dibawah ini antara perkahwinan Minangkabau Malaysia yang sangat2 jarang dibuat oleh orang Minang Malaysia yang masih mengikut tradisi .
Tetapi malangnya walaupun di hari perkahwinan Melayu tidak mahu memelihara budaya di negara sendiri.

You might also like:
Article link
Bajau people- Sea gypsies and cowboys of Asia
article link
Penting untuk ibu bapa buat sebelum anak2 kawin
Article link
Wonders of Central Asia
Article link
Malaysian Nasi Paprik Recipe
Article link
Malay ethnics headdress
article link
Get Married Minang way

No comments:

Post a Comment