Thursday, March 5, 2015

Penting untuk ibu bapa buat sebelum anak2 kawin



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Perjanjian  pra-perkahwinan (prenuptial agreements)   ialah perjanjian yang dibuat oleh ibu bapa pengantin , pengantin lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan.Perjanjian ini banyak dibuat di negara2 Islam dan Barat untuk menjadi lebih sistematik, mengelakkan turun naik mahkamah berbulan2 dan kadang kala bertahun2 lamanya dan ketidak adilan jika terjadi perceraian

Apa yang ibu bapa perlu tahu sebelum merisik?
1)  rakyat Malaysia bercerai setiap 15 minit, perjanjian ini bagus untuk membuat para suami dan isteri berfikir banyak kali sebelum bercerai.
2) Mahkamah syariah boleh sewenang2nya menurunkan ganti rugi atau apa2 juga tuntutan harta bekas isteri tanpa mengambil kira bekas isteri akan hidup merempat dan terpaksa meminta duit di gereja.
3) Dalam Islam, saudara lelaki bertanggunjawab memberi nafkah pada saudara perempuannya yang tidak berkahwin.  Quran 4:34 menyebut Allah memberi amanah pada lelaki untuk menjaga makan minum saudara perempuan dan isterinya . Disebabkan tanggungjawab yang berat ini, Allah memberi lelaki lebih banyak warisan harta. Di samping itu lelaki juga bertanggungjawab menjaga ibu bapanya yang tua. Dengan perjanjian ini, beban saudara lelaki untuk menjaga makan minum  dan tempat tinggal saudara perempuannya yang diceraikan berkurang berbanding jika membiarkan mahkamah syariah menentukan ganti rugi.


Di Malaysia, perjanjian ini seperti perjanjian Perpatih seperti lagu Gadis Jolobu yang dipopularkan W.A.R.I.S . Lagu itu menyebut , jika seorang lelaki menceraikan wanita beradat Perpatih, maka semua harta lelaki itu jadi milik bekas isterinya.Tetapi ianya boleh dirunding oleh kedua2 belah pihak sebelum perkahwinan. Sebagus2nya, buatlah perjanjian ini bersaksikan peguam.



Contoh2  perkara yang perlu dipersetujui  sebelum perkahwinan?
1) Pampasan yang  isteri akan dapat jika suami meminta isteri berhenti bekerja selepas melahirkan anak dan akhirnya diceraikan
2) Harta suami atau isteri yang tidak boleh dituntut kepada pasangan selepas bercerai.
3) Berapa hari suami atau isteri mendapat giliran menjaga anak.
4) Berapa pampasan yang didapati oleh bekas suami atau isteri jika diceraikan pasangan kerana mandul, sakit atau curang

You might also like:
Article link
Surat untuk Datin Seri Rosmah Mansor, penjunjung Adat Perpatih
article link
Fesyen menutup dada
Article link
Rohingya, Burmas silent genocide
Article link
Idea2 mempelbagaikan penggunaan songket
Article link
How Arabic Kohl Cures Eye Diseases
Article link
Sanggul Lintang vs tiara

No comments:

Post a Comment