بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of God, the Most Loving, the Most Merciful
Adat Perpatih adalah budaya asal orang Malayo-Polynesia. Jika kita lihat kelompok orang Asli Melayu di Cambodia, Vietnam, Thailand dan Oceania (Micronesia, Polynesia dan Melanesia), kita dapati mereka semua mengikut keturunan dari jalur ibu (matrilineal).Harta pusaka juga diberi kepada anak perempuan seperti dalam Adat perpatih. Orang Oceania berhijrah dari Asia Tenggara pada tahun 2000 BC (4000 Tahun lalu) dan mereka membawa budaya matrilineal ke Oceania. Adat Temenggung pula cuma mula diguna dengan meluas di Malaysia pada zaman kesultanan Melaka pada abad ke 14.
Orang Oceania dan orang asli tidak pernah menerima pengaruh budaya luar dan sebahagian besar tidak pernah menganut agama Hindu dan Buddha seperti orang Melayu dan Jawa. Keramaian mereka cuma memuja roh dan cuma Champa saja yang pernah menganut agama Hindu dan Islam. Gambar2 di bawah adalah antara kelompok Melayu-Polynesia yang mengamalkan sistem matrilineal.
Malayo-Polynesian dari etnik Moken yang tinggal di pulau2 Thailand
Malayo-Polynesian dari etnik E-de yang tinggal di Vietnam
Malayo-Polynesian dari etnik Champa yang beragama Hindu masih mengamalkan sistem matrilineal.
Sistem matrilineal adalah cara orang Melayu menjaga saudara perempuan mereka yang janda. Di negara2 Arab dan dalam tuntutan Islam, cara saudara2 lelaki menjaga saudara perempuan mereka ialah dengan memberi makan, minum dan tempat tinggal samada bekas suami bertanggungjawab atau tidak. Malangnya di Malaysia tidak ramai abang, ayah, adik lelaki dan pakcik2 mahu menjaga saudara2 perempuan mereka sendiri.
Contohnya, pernahkah anda terfikir kenapa pendakwah2 Nasrani banyak mendekati janda muslimah? Jikalau anda mempunyai ibu, kakak atau kawan yang berstatus janda, cuba tanyakan pada mereka apakah pengalaman mereka dari segi nafkah dan hak penjagaan anak. Sangat kerap mahkamah syariah memberi hak penjagaan anak kepada bapa atas alasan si bekas isteri tidak rela dimadu atau kewangan yang tidak kukuh. Bekas isteri juga hilang atau dikurangkan nafkah ganti rugi yang ditulis dalam Quran . Contohnya perceraian Arni-Awie dan Erra Fazira-Engku Emran.
Tidak sprti Msia, negara2 Eropah Barat, US, Canada, NZ dan AUS sgt jage nasib janda. Jika perceraian berlaku di atas sebab si isteri tidak rela di madu atau sebab apa pun yang menunjukkan si janda tidak bersalah, nasib si janda tetap terjaga dengan sebahagian besar harta bekas suami diserahkan pada janda tadi. Jadi si janda tidak merempat di jalanan samada dia mempunyai pekerjaan tetap atau tidak. Ini bersamaan dengan prinsip adat perpatih. Juga, sebaik2 tempat seorang perempuan ialah di rumah bukan di tempat kerja yang memerlukannya bercampur gaul dengan lelaki bukan mahram.
Wanita barat juga tidak memerlukan persatuan ibu tunggal seperti di Malaysia kerana adilnya mahkamah sivil mereka. Mahkamah syariah di Malaysia pula sentiasa sewenangnya2 menurunkan ganti rugi (nafkah mut'ah) bekas isteri jika bekas suami merayu tidak berduit walaupun acapkali bekas suami bukanlah golongan miskin. Apakah hakim2 mahkamah syariah Malaysia tidak lahir dari perut ibu sehingga mereka tidak memuliakan nasib muslimah Malaysia?
Janda2 di Malaysia dan negara2 Islam juga sering dihina dan dibenci. Ini sangat berbeza dengan negara2 Barat. Apakah kita seperti yang disebut dalam Quran
"Kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah"
Apabila di Negeri 9 pengamal Adat Perpatih membela nasib janda dengan mengkhaskan sekeping tanah mereka dituduh sesat seperti dalam syarahan seorang ustaz terkenal Malaysia. Di dalam Islam, jika harta dilepaskan semasa ibu masih hidup ianya dikira sebagai hadiah dan tiada had sebanyak mana boleh diberi
Dalam Quran 65:7 Quran 65:7] The rich husband shall provide support in accordance with his means, and the poor shall provide according to the means that God bestowed upon him. God does not impose on any soul more than He has given it. God will provide ease after difficulty.
[Quran 2:240] Those who die and leave wives, a will shall provide their wives with support for a year, provided they stay within the same household. If they leave, you commit no sin by letting them do whatever they wish, so long as righteousness is maintained. God is Almighty, Most Wise.
[Quran 2:241] The divorcees also shall be provided for, equitably. This is a duty upon the righteous.
Di Malaysia , orang perempuan sentiasa disuruh taat pada suami dalam segala hal dan diugut utk dicerai jika tidak mahu bekorban perasaan berkongsi kasih dengan madu atau sebab2 lain. Apakah Allah jadikan perempuan itu cuma sebagai pemuas nafsu lelaki dan hamba lelaki? Dipermainkan bila2 masa yang mereka suka dan dibuang jika tidak suka? Mahkamah syariah juga selalu sewenang-wenangnya menurunkan nafkah mut'ah janda.Kerana inilah wanita melayu takut menjadi suri rumah dan sanggup bekerja di pejabat yang bercampur lelaki perempuan.
Jikalau lelaki2 Melayu dan Muslim secara amnya terlalu tamak dan tidak mahu bertimbang rasa akan nasib wanita, maka jangan terkejut jika janda2 muslimah di seluruh negara2 Islam murtad beramai2 apabila membandingkan nasib mereka dengan nasib janda2 di Barat.
Apakah penyelesaiannya jika anda mempunyai anak dan bimbang anak anda mungkin dicerai dan ditindas oleh mahkamah syariah Malaysia? Di dalam Islam Mahar sebenarnya terbahagi kepada 2: Mahr mu'qadamm (mahr pertama) dan mahr mu'akhaar (mahr terakhir) Mahar pertama dibayar sebelum berkahwin. Mahar terakhir mesti dibayar jika si bakal isteri dicerai sebelum dia boleh berkahwin lain. Ini dipraktis di seluruh negara2 Arab. http://en.wikipedia.org/wiki/ Mahar ini mesti ditandatangani oleh bakal suami. Dengan cara ini , mahkamah syariah tidak boleh menurunkan mahar kedua ini sesuka hati kerana tanpa perjanjian ini si bakal isteri tidak bersetuju dikahwini. Juga wanita patut diberi sedikit tanah adat seperti adat perpatih kot2 si bekas suami hilang dan tak mahu bayar mahar kedua. Juga dalam budaya Melayu, orang perempuan yang selalunya menjaga ibu bapa mereka.
Tapi bergantung juga dengan perempuan2 Melayu (termasuk Minang) yang terlalu taksub dengan Islam mengatakan Islam sudah cukup dan tak perlukan adat . Apabila bercerai (kalau keturunan Minang) pandai pula pulang kepada tanah adat yang sebelum ini dia sendiri angkuh dan menolaknya.
You might also like:
| |||||
|
|
| |||
|
|
| |||
No comments:
Post a Comment