Tuesday, June 17, 2014

Janda2 hidup terhimpit kerana sikap sebahagian Mahkamah Syariah Malaysia

http://guamansyariah.blogspot.se/2013/02/kadar-mutah-keputusan-kes-di-mahkamah.html?showComment=1403029344040#c5966683022652438915

Kalau kita baca dalam blog di atas yang ditulis oleh peguam syarie Malaysia , kesemua tuntutan nafkah mutaah (nafkah ganti rugi) janda2 ini diturunkan sewenang2nya oleh mahkamah syariah. kes Rokiah v Mohamed Idris (1986), si janda cuma dapat RM 6500 selepas 35 TAHUN berkahwin. Siapa yang mahu mengahwini dan membela nasib janda tua? Pada ketika itu RM 6500 tidak dapat membeli seekar tanah dan sebiji rumah untuk berlindung. Seorang kerabat diraja Tengku Anum Zaharah v Dato’ Dr Hussein (1980) pun cuma dapat RM25 000 yang mana masih tak dapat beli walau seekar tanah pun. begitu juga Tengku Puteri Zainah v Dato’ Sri Mohd Najib (1998) yg cuma dapat RM36 000. Kes Timah v Abdul Rahman (2001) juga si janda cuma dapat RM30 000 selepas berkahwin dan jadi hamba untuk suami dan anak2nya selama  25 TAHUN.  

Samada si janda memberi zuriat atau tidak buat bekas suami dia tetap berhak menerima sekurang2nya seekar tanah dan sebuah rumah kerana dia telah menjadi pelacur khas suaminya selama berpuluh2 tahun sehingga tidak laku lagi bila dicerai. Kalau pelacur yang bersilih ganti pelanggan pun boleh jadi kaya raya kenapa pula tidak hamba seks yang dikenali sebagai isteri muslimah? 


Setiap bekas suami cuma perlu memberi alasan tidak mampu maka nafkah mut'ah bekas isteri diturunkan serendah-rendahnya. Jika bekas isteri adalah suri rumah dan mempunyai anak2 , dia terpaksa bekerja di luar rumah bercampur aduk dengan lelaki ajnabi serta menghalalkan diri digoda dan diraba mereka. Ibu2 ini juga digalakkan dalam Islam versi Malaysia untuk membiarkan anak2nya berkawan dengan anak2 bermasalah akhlak kerana terlalu sibuk bekerja mencari nafkah yang selalu bekas suami abaikan dan tiada pengawasan mahkamah. Tak hairanlah hari ini ramai remaja kita runtuh akhlak walaupun kita semakin kuat beragama Islam berbanding zaman dulu2 yang mana nenek moyang kita beragama animist tetapi bernasab ibu dan harta diwarisi kepada anak perempuan. 

Dalam agama animist juga, si ibu boleh bekerja cuma jika perlu dan patut menjaga dan mengawasi pergaulan dan tingkah laku anak saja. Tapi dalam Islam versi Malaysia , wanita dimestikan bekerja kerana mahkamah syariah tak akan bagi ganti rugi sebagus agama animist tok nenek kita dulu. Juga jika wanita dicerai dalam agama animist tok nenek kita, semua harta suami jadi milik isteri. 

Ini belum dikira penindasan ke atas muslimah yang mana  si isteri ini yang terpaksa bermadu. Tiada apa2 pampasan cuma dilenyek sesuka hati menjadi hamba khas buat si suami dan dipaksa jadi kilang anak suami mereka.

Di dalam Islam Mahr sebenarnya terbahagi kepada 2: Mahr mu'qadamm مهر مقدم (mahr pertama) dan mahr mu'akhaar ‎  مهر مؤخر‎(mahr terakhir)  Mahar pertama dibayar sebelum berkahwin. Mahar terakhir mesti dibayar jika si bakal isteri dicerai sebelum dia boleh berkahwin lain. Ini dipraktis di seluruh negara2 Arab. 

Disebabkan inilah bapa2/abang2 / adik2 lelaki pengantin perempuan Arab menentukan nafkah mut'ah sebelum akad bukan selepas madu dihisap lelaki2 tak bertanggungjawab dan hakim2 mahkamah Islam. Bapa2 pengantin wanita Arab ini biasanya meletakkan nilai nafkah mut'ah setinggi2 gunung yang tidak boleh diturunkan sewenang2nya oleh mahkamah Islam. Itu sebab juga orang Arab sendiri meletakkan budaya lebih tinggi dari agama Islam sebab diorg tau siapa yang bertugas dalam mahkamah.

Kalau kita bandingkan perceraian2 di negara2 Barat kita dapati nasib wanita lebih dijaga dari wanita muslim. Maka tidak hairanlah ramai muslimah di sini yang murtad selepas mendapati ketidaksempurnaan Islam di mahkamah syariah berbanding mahkamah barat. Dengan segala penindasan ini bagaimana mungkin Muslimah percaya Islam adalah agama syumul?


You might also like:
Article link
Penting untuk ibu bapa buat sebelum anak2 kawin
article link
Best matrilineal song ever with English lyrics (W.A.R.I.S ft Dato' Hattan Gadis Jolobu)
Article link
Rohingya, Burmas silent genocide
Article link
Malay ethnics headpieces
Article link
How Arabic Kohl Cures Eye Diseases
Article link
Fesyen menutup dada menggunakan ruffle

No comments:

Post a Comment