Showing posts with label Mahkamah Syariah menindas Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah Syariah menindas Muslimah. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

Poligami di Malaysia. Bahagiakah wanita?

In the name of God, the Most Loving, the Most Merciful
Sayang sekali video di bawah di buat oleh SIS yg mendapat tajaan oleh barat . Di mana ayah2 , anak2 lelaki, dan mahram2 wanita memperjuangkan nasib mahram perempuan mereka yg terhimpit dalam poligami yang tidak adil?


Saturday, November 21, 2015

Kenapa wanita tidak perlu bermadu untuk mendapat payung emas

Filem dan drama di Malaysia seringkali menayangkn hidup bermadu  itu indah. Contohnya filem Isteri aku seorang gangster.  Ustaz2 juga memprovokasi lelaki dengan mengatakan sesiapa yang tak bermadu tu takutkn isteri. Malah ramai ustaz memujuk wanita untuk menerima hidup bermadu dengan hadiah payung emas. Di bawah saya senaraikan kenapa hidup bermadu itu bukan saja memeritkan wanita tetapi juga tidak perlu untuk mendapat payung emas


1) 4  wanita terbaik sepanjang zaman (Khadijah, Asiah, Fatimah dan Maryam) tidk prrnah dimadukan untuk mendapat taraf mereka.Jadi , walaupun kalian bermadu, kalian tetap tidak akn dapt menandingi mereka.

2) Quran menyebut seorang suami itu tidak akan sekali2 mampu untuk berlaku adil dengan isteri2nya. Pastikah anda , suami anda akan menyayangi anda lebih dari isteri barunya? Biasanya lelaki akan menyintai isteri muda dari isteri tua.

3) Jika suami abaikan tanggungjawabnya , anda bukan di kategorikan sebagai ibu tunggal. Anda tidak akan layak untuk mendapat bantuan kewangan dari kerajaan.

4)Lelaki muslim diwajibkan pergi mempertahankan saudaranya yang dibunuh musuh seperti di Palestin dan Syria. Saya sangat pasti suami2 kalian yang mahu kalian bermadu tidak sanggup berperang melawan musuh. Jadi kenapa biarkan dia memujuk kalian berperang perasaan setiap hari?

More posts:
Article link
Indonesian Malay Dance / Tarian Melayu ( Tarian Pagar)
article link
Penting untuk ibu bapa buat sebelum anak2 kawin
Article link
Sanggul Lintang vs tiara
Article link
Cara mempelbagaikan penggunaan kain songket
Article link
Where Every Muslim Faces Turn To
Article link
How to Make Kohl at Home

Thursday, March 5, 2015

Penting untuk ibu bapa buat sebelum anak2 kawin



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Perjanjian  pra-perkahwinan (prenuptial agreements)   ialah perjanjian yang dibuat oleh ibu bapa pengantin , pengantin lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan.Perjanjian ini banyak dibuat di negara2 Islam dan Barat untuk menjadi lebih sistematik, mengelakkan turun naik mahkamah berbulan2 dan kadang kala bertahun2 lamanya dan ketidak adilan jika terjadi perceraian

Apa yang ibu bapa perlu tahu sebelum merisik?
1)  rakyat Malaysia bercerai setiap 15 minit, perjanjian ini bagus untuk membuat para suami dan isteri berfikir banyak kali sebelum bercerai.
2) Mahkamah syariah boleh sewenang2nya menurunkan ganti rugi atau apa2 juga tuntutan harta bekas isteri tanpa mengambil kira bekas isteri akan hidup merempat dan terpaksa meminta duit di gereja.
3) Dalam Islam, saudara lelaki bertanggunjawab memberi nafkah pada saudara perempuannya yang tidak berkahwin.  Quran 4:34 menyebut Allah memberi amanah pada lelaki untuk menjaga makan minum saudara perempuan dan isterinya . Disebabkan tanggungjawab yang berat ini, Allah memberi lelaki lebih banyak warisan harta. Di samping itu lelaki juga bertanggungjawab menjaga ibu bapanya yang tua. Dengan perjanjian ini, beban saudara lelaki untuk menjaga makan minum  dan tempat tinggal saudara perempuannya yang diceraikan berkurang berbanding jika membiarkan mahkamah syariah menentukan ganti rugi.


Di Malaysia, perjanjian ini seperti perjanjian Perpatih seperti lagu Gadis Jolobu yang dipopularkan W.A.R.I.S . Lagu itu menyebut , jika seorang lelaki menceraikan wanita beradat Perpatih, maka semua harta lelaki itu jadi milik bekas isterinya.Tetapi ianya boleh dirunding oleh kedua2 belah pihak sebelum perkahwinan. Sebagus2nya, buatlah perjanjian ini bersaksikan peguam.



Contoh2  perkara yang perlu dipersetujui  sebelum perkahwinan?
1) Pampasan yang  isteri akan dapat jika suami meminta isteri berhenti bekerja selepas melahirkan anak dan akhirnya diceraikan
2) Harta suami atau isteri yang tidak boleh dituntut kepada pasangan selepas bercerai.
3) Berapa hari suami atau isteri mendapat giliran menjaga anak.
4) Berapa pampasan yang didapati oleh bekas suami atau isteri jika diceraikan pasangan kerana mandul, sakit atau curang

You might also like:
Article link
Surat untuk Datin Seri Rosmah Mansor, penjunjung Adat Perpatih
article link
Fesyen menutup dada
Article link
Rohingya, Burmas silent genocide
Article link
Idea2 mempelbagaikan penggunaan songket
Article link
How Arabic Kohl Cures Eye Diseases
Article link
Sanggul Lintang vs tiara

Monday, January 19, 2015

Adat vs Agama


You might also like:
article link
Bajau people , their lifestyle and festivals
Article link
Sanggul Lintang vs tiara
Article link
1 Year after Stockholm Riot- a muslim woman apology
Article link
Get married Minang style
Article link
Hand Washing Pitcher and Bowl Set
Article link
Mengapa semua Melayu harus mengamalkan Adat Perpatih

Wednesday, November 5, 2014

Benarkah Melayu bangsa bersopan santun


You might also like:
Article link
Surat untuk Datin Seri Rosmah Mansor, penjunjung Adat Perpatih
article link
Fesyen menutup dada
Article link
Rohingya, Burmas silent genocide
Article link
Idea2 mempelbagaikan penggunaan songket
Article link
How Arabic Kohl Cures Eye Diseases
Article link
Sanggul Lintang vs tiara

Monday, August 25, 2014

Surat untuk Datin Seri Rosmah Mansor, penjunjung Adat Perpatih



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum. Surat ini ese tulis sobab Datin Seri Rosmah Mansur adalah salah seorang etnik minoriti di Malaysia yang bernasab ibu. Ese harap Datin Seri Rosmah Mansur sebagai isteri kepada PM Malaysia boleh mengaplikasikan Adat Perpatih untuk kebaikan somuo, jando2  dan ibu2 tunggal di Malaysia. Mahkamah Syariah Malaysia tidak dapek melindungi nasib jando2 sebaik kerajaan2 di negara2 Barat.

Cumo sotolah ese tinggal di Barat, ese menghargai Adat Perpatih atau adat bernasab ibu Malayo-Polynesian yang sudah 4000 tahun melindungi pompuan berbanding pergerakan feminis meminto pompuan dilindungi dan cumo bermulo 200 tahun lepas. Adat Perpatih adalah bukti kemajuan pemikiran dan peradaban Melayu bobanding bangso2 lain di dunio.

Adat Perpatih dan adat orang asli Temuan  monontukan seorang suami yang coghaikan isteri eh harus bagi rumah yang mereka diduduki kepada bekas isteri. Ini samo dongan undang2 di negaro2 Barat. Dalam Islam pun, somuo balu2 Nabi saw dapek rumah sorang sobijik lopes Nabi wafat .(nalu coghai mati)

Lelaki Muslim mewarisi lobeh harto sobab tanggungjawab mereko menjago jando2 dan anak2 sedaro perempuan mereko. Jiko mereko tidak mampu menggalas tanggungjawab ini mako harto ibu bapo seharusnyo dipertanggungjawabkan kepado ketuo2 suku seperti Adat Perpatih dan diboghi pado pompuan2 samado andartu, jando mandul tuo atau jando beranak.Ese harap Datin Seri Rosmah Mansur dapek menyediakan rumah2 kos rendah untuk jando2 yang cumo boleh diwarisi dari ibu kepado anak perempuan dan dilindungi oleh ketuo2 suku seperti Adat Perpatih.

Wassalam
You might also like:
Article link
Nusantarian Matrilineal society
article link
Tahitian and Cook Island Dance
Article link
Rohingya, Burmas silent genocide
Article link
Nasib Janda2 akibat penindasan Mahkamah Syariah Malaysia
Article link
How Arabic Kohl Cures Eye Diseases
Article link
Sanggul Lintang vs tiara

Tuesday, June 17, 2014

Janda2 hidup terhimpit kerana sikap sebahagian Mahkamah Syariah Malaysia

http://guamansyariah.blogspot.se/2013/02/kadar-mutah-keputusan-kes-di-mahkamah.html?showComment=1403029344040#c5966683022652438915

Kalau kita baca dalam blog di atas yang ditulis oleh peguam syarie Malaysia , kesemua tuntutan nafkah mutaah (nafkah ganti rugi) janda2 ini diturunkan sewenang2nya oleh mahkamah syariah. kes Rokiah v Mohamed Idris (1986), si janda cuma dapat RM 6500 selepas 35 TAHUN berkahwin. Siapa yang mahu mengahwini dan membela nasib janda tua? Pada ketika itu RM 6500 tidak dapat membeli seekar tanah dan sebiji rumah untuk berlindung. Seorang kerabat diraja Tengku Anum Zaharah v Dato’ Dr Hussein (1980) pun cuma dapat RM25 000 yang mana masih tak dapat beli walau seekar tanah pun. begitu juga Tengku Puteri Zainah v Dato’ Sri Mohd Najib (1998) yg cuma dapat RM36 000. Kes Timah v Abdul Rahman (2001) juga si janda cuma dapat RM30 000 selepas berkahwin dan jadi hamba untuk suami dan anak2nya selama  25 TAHUN.  

Samada si janda memberi zuriat atau tidak buat bekas suami dia tetap berhak menerima sekurang2nya seekar tanah dan sebuah rumah kerana dia telah menjadi pelacur khas suaminya selama berpuluh2 tahun sehingga tidak laku lagi bila dicerai. Kalau pelacur yang bersilih ganti pelanggan pun boleh jadi kaya raya kenapa pula tidak hamba seks yang dikenali sebagai isteri muslimah? 


Setiap bekas suami cuma perlu memberi alasan tidak mampu maka nafkah mut'ah bekas isteri diturunkan serendah-rendahnya. Jika bekas isteri adalah suri rumah dan mempunyai anak2 , dia terpaksa bekerja di luar rumah bercampur aduk dengan lelaki ajnabi serta menghalalkan diri digoda dan diraba mereka. Ibu2 ini juga digalakkan dalam Islam versi Malaysia untuk membiarkan anak2nya berkawan dengan anak2 bermasalah akhlak kerana terlalu sibuk bekerja mencari nafkah yang selalu bekas suami abaikan dan tiada pengawasan mahkamah. Tak hairanlah hari ini ramai remaja kita runtuh akhlak walaupun kita semakin kuat beragama Islam berbanding zaman dulu2 yang mana nenek moyang kita beragama animist tetapi bernasab ibu dan harta diwarisi kepada anak perempuan. 

Dalam agama animist juga, si ibu boleh bekerja cuma jika perlu dan patut menjaga dan mengawasi pergaulan dan tingkah laku anak saja. Tapi dalam Islam versi Malaysia , wanita dimestikan bekerja kerana mahkamah syariah tak akan bagi ganti rugi sebagus agama animist tok nenek kita dulu. Juga jika wanita dicerai dalam agama animist tok nenek kita, semua harta suami jadi milik isteri. 

Ini belum dikira penindasan ke atas muslimah yang mana  si isteri ini yang terpaksa bermadu. Tiada apa2 pampasan cuma dilenyek sesuka hati menjadi hamba khas buat si suami dan dipaksa jadi kilang anak suami mereka.

Di dalam Islam Mahr sebenarnya terbahagi kepada 2: Mahr mu'qadamm مهر مقدم (mahr pertama) dan mahr mu'akhaar ‎  مهر مؤخر‎(mahr terakhir)  Mahar pertama dibayar sebelum berkahwin. Mahar terakhir mesti dibayar jika si bakal isteri dicerai sebelum dia boleh berkahwin lain. Ini dipraktis di seluruh negara2 Arab. 

Disebabkan inilah bapa2/abang2 / adik2 lelaki pengantin perempuan Arab menentukan nafkah mut'ah sebelum akad bukan selepas madu dihisap lelaki2 tak bertanggungjawab dan hakim2 mahkamah Islam. Bapa2 pengantin wanita Arab ini biasanya meletakkan nilai nafkah mut'ah setinggi2 gunung yang tidak boleh diturunkan sewenang2nya oleh mahkamah Islam. Itu sebab juga orang Arab sendiri meletakkan budaya lebih tinggi dari agama Islam sebab diorg tau siapa yang bertugas dalam mahkamah.

Kalau kita bandingkan perceraian2 di negara2 Barat kita dapati nasib wanita lebih dijaga dari wanita muslim. Maka tidak hairanlah ramai muslimah di sini yang murtad selepas mendapati ketidaksempurnaan Islam di mahkamah syariah berbanding mahkamah barat. Dengan segala penindasan ini bagaimana mungkin Muslimah percaya Islam adalah agama syumul?


You might also like:
Article link
Penting untuk ibu bapa buat sebelum anak2 kawin
article link
Best matrilineal song ever with English lyrics (W.A.R.I.S ft Dato' Hattan Gadis Jolobu)
Article link
Rohingya, Burmas silent genocide
Article link
Malay ethnics headpieces
Article link
How Arabic Kohl Cures Eye Diseases
Article link
Fesyen menutup dada menggunakan ruffle

Friday, May 16, 2014

Mengapa semua Melayu harus mengamalkan Adat Perpatih

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of God, the Most Loving, the Most Merciful

Adat Perpatih adalah budaya asal orang Malayo-Polynesia. Jika kita lihat kelompok orang Asli Melayu di Cambodia, Vietnam, Thailand dan Oceania (Micronesia, Polynesia dan Melanesia), kita dapati mereka semua mengikut keturunan dari jalur ibu (matrilineal).Harta pusaka juga diberi kepada anak perempuan seperti dalam Adat perpatih. Orang Oceania berhijrah dari Asia Tenggara pada tahun 2000 BC (4000 Tahun lalu) dan mereka membawa budaya matrilineal ke Oceania. Adat Temenggung pula cuma mula diguna dengan meluas di Malaysia pada zaman kesultanan Melaka pada abad ke 14.

Orang Oceania dan orang asli tidak pernah menerima pengaruh budaya luar dan sebahagian besar tidak pernah menganut agama Hindu dan Buddha seperti orang Melayu dan Jawa. Keramaian mereka cuma memuja roh dan cuma Champa saja yang pernah menganut agama Hindu dan Islam. Gambar2 di bawah adalah antara kelompok Melayu-Polynesia yang mengamalkan sistem matrilineal.



 Malayo-Polynesian dari etnik Moken yang tinggal di pulau2 Thailand


 Malayo-Polynesian dari etnik E-de yang tinggal di Vietnam



Malayo-Polynesian dari etnik Champa yang beragama Hindu masih mengamalkan sistem matrilineal.

Sistem matrilineal adalah cara orang Melayu menjaga saudara perempuan mereka yang janda. Di negara2 Arab dan dalam tuntutan Islam, cara saudara2 lelaki menjaga saudara perempuan mereka ialah dengan memberi makan, minum dan tempat tinggal samada bekas suami bertanggungjawab atau tidak. Malangnya di Malaysia tidak ramai abang, ayah, adik lelaki dan pakcik2 mahu menjaga saudara2 perempuan mereka sendiri.

Contohnya, pernahkah anda terfikir kenapa pendakwah2 Nasrani banyak mendekati janda muslimah? Jikalau anda mempunyai ibu, kakak atau kawan yang berstatus janda, cuba tanyakan pada mereka apakah pengalaman mereka dari segi nafkah dan hak penjagaan anak. Sangat kerap mahkamah syariah memberi hak penjagaan anak kepada bapa atas alasan si bekas isteri tidak rela dimadu atau kewangan yang tidak kukuh. Bekas isteri juga hilang atau dikurangkan nafkah ganti rugi yang ditulis dalam Quran . Contohnya perceraian Arni-Awie dan Erra Fazira-Engku Emran.


  Tidak sprti Msia, negara2 Eropah Barat, US, Canada, NZ dan AUS  sgt jage nasib janda. Jika perceraian berlaku di atas sebab si isteri tidak rela di madu atau sebab apa pun yang menunjukkan si janda tidak bersalah, nasib si janda tetap terjaga dengan sebahagian besar harta bekas suami diserahkan pada janda tadi. Jadi si janda tidak merempat di jalanan samada dia mempunyai pekerjaan tetap atau tidak. Ini bersamaan dengan prinsip adat perpatih. Juga, sebaik2 tempat seorang perempuan ialah di rumah bukan di tempat kerja yang memerlukannya bercampur gaul dengan lelaki bukan mahram.

Wanita barat juga tidak memerlukan persatuan ibu tunggal seperti di Malaysia kerana adilnya mahkamah sivil mereka. Mahkamah syariah di Malaysia pula sentiasa sewenangnya2 menurunkan ganti rugi (nafkah mut'ah) bekas isteri jika bekas suami merayu tidak berduit walaupun acapkali bekas suami bukanlah golongan miskin. Apakah hakim2 mahkamah syariah Malaysia tidak lahir dari perut ibu sehingga mereka tidak memuliakan nasib muslimah Malaysia?

  Janda2 di Malaysia dan negara2 Islam juga sering dihina dan dibenci. Ini sangat berbeza dengan negara2 Barat. Apakah kita seperti yang disebut dalam Quran


"Kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah"

Apabila di Negeri 9 pengamal Adat Perpatih membela nasib janda dengan mengkhaskan sekeping tanah mereka dituduh sesat seperti dalam syarahan seorang ustaz terkenal Malaysia. Di dalam Islam, jika harta dilepaskan semasa ibu masih hidup ianya dikira sebagai hadiah dan tiada had sebanyak mana boleh diberi

Dalam Quran 65:7 Quran 65:7] The rich husband shall provide support in accordance with his means, and the poor shall provide according to the means that God bestowed upon him. God does not impose on any soul more than He has given it. God will provide ease after difficulty.

 [Quran 2:240] Those who die and leave wives, a will shall provide their wives with support for a year, provided they stay within the same household. If they leave, you commit no sin by letting them do whatever they wish, so long as righteousness is maintained. God is Almighty, Most Wise.
[Quran 2:241] The divorcees also shall be provided for, equitably. This is a duty upon the righteous.  


Di Malaysia , orang perempuan sentiasa disuruh taat pada suami dalam segala hal dan diugut utk dicerai jika tidak mahu bekorban perasaan berkongsi kasih dengan madu atau sebab2 lain. Apakah Allah jadikan perempuan itu cuma sebagai pemuas nafsu lelaki dan  hamba lelaki? Dipermainkan bila2 masa yang mereka suka dan dibuang jika tidak suka? Mahkamah syariah juga selalu sewenang-wenangnya menurunkan nafkah mut'ah janda.Kerana inilah wanita melayu takut menjadi suri rumah dan sanggup bekerja di pejabat yang bercampur lelaki perempuan.

 Jikalau lelaki2 Melayu dan Muslim secara amnya terlalu tamak dan tidak mahu bertimbang rasa akan nasib wanita, maka jangan terkejut jika janda2 muslimah di seluruh negara2 Islam murtad beramai2 apabila membandingkan nasib mereka dengan nasib janda2 di Barat.

Apakah penyelesaiannya jika anda mempunyai anak dan bimbang anak anda mungkin dicerai dan ditindas oleh mahkamah syariah Malaysia? Di dalam Islam Mahar sebenarnya terbahagi kepada 2: Mahr mu'qadamm (mahr pertama) dan mahr mu'akhaar (mahr terakhir)  Mahar pertama dibayar sebelum berkahwin. Mahar terakhir mesti dibayar jika si bakal isteri dicerai sebelum dia boleh berkahwin lain. Ini dipraktis di seluruh negara2 Arab. http://en.wikipedia.org/wiki/ Mahar ini mesti ditandatangani oleh  bakal suami. Dengan cara ini , mahkamah syariah tidak boleh menurunkan mahar kedua ini sesuka hati kerana tanpa perjanjian ini si bakal isteri tidak bersetuju dikahwini. Juga wanita patut diberi sedikit tanah adat seperti adat perpatih kot2 si bekas suami hilang dan tak mahu bayar mahar kedua. Juga dalam budaya Melayu, orang perempuan yang selalunya menjaga ibu bapa mereka.

Tapi bergantung juga dengan perempuan2 Melayu (termasuk Minang) yang terlalu taksub dengan Islam mengatakan Islam sudah cukup dan tak perlukan adat . Apabila bercerai (kalau keturunan Minang) pandai pula pulang kepada tanah adat yang sebelum ini dia sendiri angkuh dan menolaknya.





You might also like:
Article link
Surat untuk Datin Seri Rosmah Mansor, penjunjung Adat Perpatih
article link
Tahitian and Cook Island Dance
Article link
Rohingya, Burmas silent genocide
Article link
Muslim Matrilineal society
Article link
How Arabic Kohl Cures Eye Diseases
Article link
Sanggul Lintang vs tiara