بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum. Surat ini ese tulis sobab Datin Seri Rosmah Mansur adalah salah seorang etnik minoriti di Malaysia yang bernasab ibu. Ese harap Datin Seri Rosmah Mansur sebagai isteri kepada PM Malaysia boleh mengaplikasikan Adat Perpatih untuk kebaikan somuo, jando2 dan ibu2 tunggal di Malaysia. Mahkamah Syariah Malaysia tidak dapek melindungi nasib jando2 sebaik kerajaan2 di negara2 Barat.Cumo sotolah ese tinggal di Barat, ese menghargai Adat Perpatih atau adat bernasab ibu Malayo-Polynesian yang sudah 4000 tahun melindungi pompuan berbanding pergerakan feminis meminto pompuan dilindungi dan cumo bermulo 200 tahun lepas. Adat Perpatih adalah bukti kemajuan pemikiran dan peradaban Melayu bobanding bangso2 lain di dunio.
Adat Perpatih dan adat orang asli Temuan monontukan seorang suami yang coghaikan isteri eh harus bagi rumah yang mereka diduduki kepada bekas isteri. Ini samo dongan undang2 di negaro2 Barat. Dalam Islam pun, somuo balu2 Nabi saw dapek rumah sorang sobijik lopes Nabi wafat .(nalu coghai mati)
Lelaki Muslim mewarisi lobeh harto sobab tanggungjawab mereko menjago jando2 dan anak2 sedaro perempuan mereko. Jiko mereko tidak mampu menggalas tanggungjawab ini mako harto ibu bapo seharusnyo dipertanggungjawabkan kepado ketuo2 suku seperti Adat Perpatih dan diboghi pado pompuan2 samado andartu, jando mandul tuo atau jando beranak.Ese harap Datin Seri Rosmah Mansur dapek menyediakan rumah2 kos rendah untuk jando2 yang cumo boleh diwarisi dari ibu kepado anak perempuan dan dilindungi oleh ketuo2 suku seperti Adat Perpatih.
Wassalam
You might also like:
| |||||
|
|
| |||
|
|
| |||
No comments:
Post a Comment