بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Perjanjian pra-perkahwinan (prenuptial agreements) ialah perjanjian yang dibuat oleh ibu bapa pengantin , pengantin lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan.Perjanjian ini banyak dibuat di negara2 Islam dan Barat untuk menjadi lebih sistematik, mengelakkan turun naik mahkamah berbulan2 dan kadang kala bertahun2 lamanya dan ketidak adilan jika terjadi perceraian
1) rakyat Malaysia bercerai setiap 15 minit, perjanjian ini bagus untuk membuat para suami dan isteri berfikir banyak kali sebelum bercerai.
2) Mahkamah syariah boleh sewenang2nya menurunkan ganti rugi atau apa2 juga tuntutan harta bekas isteri tanpa mengambil kira bekas isteri akan hidup merempat dan terpaksa meminta duit di gereja.
3) Dalam Islam, saudara lelaki bertanggunjawab memberi nafkah pada saudara perempuannya yang tidak berkahwin. Quran 4:34 menyebut Allah memberi amanah pada lelaki untuk menjaga makan minum saudara perempuan dan isterinya . Disebabkan tanggungjawab yang berat ini, Allah memberi lelaki lebih banyak warisan harta. Di samping itu lelaki juga bertanggungjawab menjaga ibu bapanya yang tua. Dengan perjanjian ini, beban saudara lelaki untuk menjaga makan minum dan tempat tinggal saudara perempuannya yang diceraikan berkurang berbanding jika membiarkan mahkamah syariah menentukan ganti rugi.
Di Malaysia, perjanjian ini seperti perjanjian Perpatih seperti lagu Gadis Jolobu yang dipopularkan W.A.R.I.S . Lagu itu menyebut , jika seorang lelaki menceraikan wanita beradat Perpatih, maka semua harta lelaki itu jadi milik bekas isterinya.Tetapi ianya boleh dirunding oleh kedua2 belah pihak sebelum perkahwinan. Sebagus2nya, buatlah perjanjian ini bersaksikan peguam.
Contoh2 perkara yang perlu dipersetujui sebelum perkahwinan?
1) Pampasan yang isteri akan dapat jika suami meminta isteri berhenti bekerja selepas melahirkan anak dan akhirnya diceraikan
2) Harta suami atau isteri yang tidak boleh dituntut kepada pasangan selepas bercerai.
3) Berapa hari suami atau isteri mendapat giliran menjaga anak.
4) Berapa pampasan yang didapati oleh bekas suami atau isteri jika diceraikan pasangan kerana mandul, sakit atau curang
You might also like:
| |||||
|
|
| |||
|
|
| |||
No comments:
Post a Comment